Wednesday, March 22, 2017

DIY NZ Trip Day 9 & 10

Auckland - Gold Coast  - KLIA2

Pagi-pagi naik shuttle ke Jucy Depot untuk ambil kereta. Harini tak pergi jauh, just pergi town untuk habiskan masa sebelum balik Malaysia jam 7.45 pm. Mula-mula pergi supermarket cari something for bawa balik Malaysia. Then singgah Smiggle Shop beli few things yang memang murah sebab ada offer. Then ke Auckland town untuk tengok Auckland Sky Tower. Mula-mula nak parking dan masuk. Bila masuk parking sejam NZD45, terus keluar balik. So decide g Mount Victoria. 

Mt Victoria merupakan antara yg highest volcanos di Auckland. Kat atas ada kesan tinggalan army's bunker sejak 1870. Dari atas juga dapat lihat view bandar Auckland, nampak Harbour Bridge, Sky Tower dan kapal yg berlayar. Angin memang kuat dan view memang cantik. Penat sket seba kena mendaki ke puncak. (Bila ingat balik, kalau tahu tengah preggy, memang tak panjat bukit tu...)


Selesai melawat kami singgah Auckland Fish Market untuk mencari some food. Akhirnya makan Margaritha Pizza dan Fish & Chip Kids portion. Waktu tu tak ada untuk adult sebab main course ada jam 5 ke atas. Yg kids punya tak ada beer dl batter. Berebut makan dengan Fawwaz. Mummy ngan abah share sorang separuh. Dia makan 2. Nasib baik ada pizza. Hari-hari masak, bila tak der dapur menggelabah cari makanan. Dahlah makanan halal susah cari. Kat NZ ni kena alert dengan parking. Jangan sampai terlebih masa. Tu yang makan cepat-cepat sebab parking dah nak due.

Bertolak semula ke depot Jucy untuk pulang kereta. Sebelum tu isi minyak bagi penuh semula. Then naik shuttle ke international airport. Jam 7.45 kami berlepas ke Malaysia. Mcm biasa transit di Gold Coast jap. Sampai Malaysia jam 3 am. Pekena makanan korea sementara tunggu Grab datang. Berakhirlah sudah cerita ke NZ.

Kesimpulannya, percutian ni sedikit sebanyak mengajar kita lebih berdisiplin, menepati masa, follow the earlier plan, budgeting, observing, appreciating and so on. Pandai jer bila dah berada di negara orang, walaupun first time sampai. Macam kami lebih suka percutian DIY berbanding ikut agent. Memang kalau follow agent boleh cover a lot of place tapi terkejar-kejar n touch and go. Kalau ada rezeki nak datang lagi NZ tapi sewa kereta jer. Boleh rasa menginap di holiday park pulak. Doakan termakbul.


DIY NZ Trip Day 8

Christchurch - Auckland

Harini sarapan nasi impit goreng. Guna perencah nasi goreng adabi plus telur. Panaskan rendang yang masak dua hari lepas. macam biasa sebelum bertolak ke Christchurch, abah uruskan buang air sisa dan top up air bersih. Bahan buangan dari toilet tak perlu dibersihkan kerana kami nak hantar caravan dah, dan kami ada ambil express return fee. So minyak pun tak perlu top up. Sempat ambil gambar keliling Timaru Holiday Park sebelum checkout. Bunga hydrangea di pagar park besar-besar. Lagi besar dari kepala. Cantiknya maasyaallah, subhanallah. 


Dalam perjalanan ke Christchurch, singgah isi minyak sikit. Tip untuk traveller, gunalah apss Gaspy install dlm hp. Kita boleh tahu kat mana nak dapat minyak murah dan terdekat. Tinggi perbezaannya. Bayangkan kami jumpa harga seliter diesel NZD1.44. Bila guna Gaspy, dapat NZD1.12 seliter jer. Banyak beza tu. Lagi satu tips nak murah cari petrol pump yang tiada pekerja. I mean self service petrol pump. Mereka tak perlu hire pekerja, bayar gaji, so memang murah. Guna credit card jer bayar. 

Hampir dengan Christchurch, kami ternampak CookieTime Factory. Sanggup uturn semula untuk singgah. Spent time n money here. Seterusnya kami cari Botanical garden untuk park supaya boleh lunch, solat dan kemas apa yg patut sebelum pulang caravan. Tak dapat nak keluar jalan-jalan garden sangat sebab hujan dan angin kuat.

Akhirnya pulanglah caravan ke sarangnya kembali. Fawwaz siap pergi kat caravan cakap bisik-bisik. Say good bye kot. 7 malam bersama. Bonding...Shuttle hantar kami ke airport Christchurch. Flight kami jam 8.00 malam. So bergambar dulu di sekitar airport yang sangat cantik dan banyak gajet untuk dibelek.

Malam ni bermalam di airport Auckland.

Tuesday, March 21, 2017

DIY NZ Trip Day 7

Dunedin - Timaru

Breakfast pagi ni dengan garlic rolls, buah, mushroom soup dan scramble eggs. Lepas sarapan checkout from Dunedin Holiday Park menuju ke town untuk visit Cadbury factory. Opposite kilang ni ada supermarket dan kami parking dalam tu. allowed for 2 hours for customer. Dengan harapan kami akan singgah di supermarket tu lepas habis visit Cadbury, so oklah. Tour kami pukul 10.30 dengan bayaran NZD55 (Family 2 +1). Sebelum tu diberi lawatan museum Cadbury untuk melihat sejarah mereka. Tour selama 1 jam tidak dibenarkan bawa camera. Semasa lawatan kami berpengalaman melihat persekitaran kilang, cara pembuatan, dijamu denga pelbagai flavour of chocolate (makan sampai muntah) dan diberi upah chocolate di beberapa lokasi kerana berkelakuan baik. Hahaha. Kilang ini bakal ditutup dalam tahun ini 2018 juga kerana segala production akan berpindah ke Australia. Tapi dengarnya ada pihak berjaung untuk mempertahankan kilang ini sebab ianya merupakan daya tarikan pengunjung ke Dunedin. At least kami dah sampai. 

Selesai lawatan, shopping chocolate di bahagian chocolate shop. Satu bar NZD3 tapi kalau ambil 4 bar kira NZD10. Rasa nak beli semua tapi tak larat angkat. Berat juga chocolate kalau dah banyak. Next tu ada Cadbury Cafe. Beli hot chocolate and cappucino untuk hilangkan sejuk. Menarik pastry yang dipamerkan. 




Selesai melawat pergi ke parking tengok-tengok dah ada saman. Huhuhu, NZD60 sebab terlebih setengah jam. Tau jer dorang ni, masalahnya tak nampak pun orang yg jaga parking. Terus cari New Zealand Bank untuk bayar. Keluar dari bank nampak pulak Smiggle. Apa lagi, masyukkkk dan mak ai, ada sale. Since this is Auslralia product, murahlah kalau beli kat NZ sebab mereka berjiran. 

Perjalanan diteruskan ke Moeraki Boulder. Walaupun hujan kami tetap redah sebab nak sangat tengok keunikan batu di tepi pantai. Memang menakjubkan. Batu-batu ini adalah hasil kejadian alam sejak berjuta tahun dahulu. Tak der kaitan dengan kapal angkasa atau telur dinosour seperti yang dimomokkan.

Semasa nak keluar kami nampak bendera Malaysia sedang berkibar. Rasa nak menitik pula air mata. Hehehe. Motif? Tak pasti. Mungkin sebab bilangan pengunjung Malaysia antara yang teramai kot. Perjalanan diteruskan ke Timaru iaitu penginapan terakhir kami. Sempat singgah dan ambil gambar kedai jual sayur tempatan. Besar-besarnya... Sempat juga singgah kedai Malaysian jual Asian food tapi tak halal sebab masakan bercampur. Sampai di Timaru Holiday Park, masak diner Nasi goreng Pattaya, lamb grill, salmon grill dan sayur. Kena habiskan stok makanan sebab esok nak pulang caravan. Sebelum tidur, rebus nasi impit untuk esok dan pekena hot chocolate. Macam biasa, sebelum tido main monopoli dulu sebab ada orang tak puas hati asik kalah. 

Monday, March 20, 2017

DIY NZ Trip Day 6

Invercargill - Dunedin


Today suppose dari Invercargill ke Bluff (paling hujung south island) tapi disebabkan beberapa faktor, kami decide straight forward ke Dunedin ikut jalan singkat. Tak payahlah g tengok penguin sebab dah tengok masa kat Gold Coast dulu. Lagi pun kena jalan dalam 40 minit, tak larat. (Syukur sangat buat keputusan ni sebab dah balik Malaysia baru tahu preggy for few weeks. Alhamdulillah) So pagi-pagi kami tengok persekitaran Invercargill Top 10 Holiday Park. Sebelum checkout, air bersih ditopup untuk kegunaan sinki dan toilet dalam caravan. Pas tu bergambar di luar holiday park. So country, patutlah udara bau kambing jer...hehehe.


Harini plan memang nak g eHayes salah satu kedai hardware yang ada museum jentera dan kenderaan lama di dalamnya. Masuk adalah percuma. Berbaloi sebab beratus dan beribu bahan pameran yang tak tertengok kami dibuatnya. Then selesai 1 jam tour (sebab parking untuk sejam jer), kami teruskan perjalanan ke Dunedin. Sempat stop beli buah dan madu by Vietnamese yg dah 11 tahun tinggal di NZ. Dunedin ni macam di kawasan tanah tinggi tapi dekat dengan pantai. Sampai di Dunedin Holiday Park awal juga sebab guna jalan dekat, so setup late lunch. Makan spagetti goreng sambil ditemani itik-itik dan burung yang pelbagai telatah. Fawwaz dan Abah sukalah melayan sebab ada seekor burung tu sangat bossy n unik kelakuannya. Mulut bising bila tak dapat makanan. Bila kita campak, slow nak ambik, tak dapat mengamuk. Persekitaran di sini nice juga. 

Petang sket kami jalan-jalan ke pantai yang berhampiran. Sejuk pasirnya. Menu malam ni lamb grill, sayur, mango (beli kar Super Value tapi tak sedap sangat). Disebabkan malam hujan, kami habiskan masa main monopoli jer. 


Sunday, March 19, 2017

DIY NZ Trip Day 5

Te Anau - Invercargill


Today plan ke Milford Sound. Antara tempat yang wajib pergi bagi yg travel to NZ. Juga antara 8 keajaiban dunia. Perjalanan dari Te Anau ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit menggunakan caravan. Maybe kalau naik kereta boleh sampai dalam 2 jam jer. Along the way hujan jer. Tapi matahari still ada, tu yang nampak pelangi double lagi.  Memang kerap ada double rainbows kot sebab baca blog oprang pun mention benda yang sama. Semakin hampir ke MS bentuk buka bumi semakin menarik. Kiri kanan dihiasi dengan fiordland with water fall yang beratus or beribu maybe. Di bawah pula sungai yang sesuai untuk water rafting. 

Park caravan di tempat yang disediakan and hv to jalan dalam 5 minit ke harbour. Kami pilih Jucy Cruise sebab harga reasonable dan cruise pun besar n stabil. Our cruise bergerak jam 11.00 am. Walau hujan, tetap cruising. Kebetulan angin kuat and  seakan ribut so keadaan boat terumbang ambing. Dalam boat disediakan free flow green tea. Setiap kali boat hampir dengan water fall, berebut ambik gambar walaupun terhuyung hayang nak jalan dalam boat. Angin punya kuat sampaikan waterfall bertukar jadi waterfly. Air yang jatuh naik semula ke atas ditiup ribut. The best is Lady Bowen Fall. Paling mencabar bila boat masuk dalam tempias waterfall yang bukan rasanya tempias tapi macam masuk dalam waterfall tu. Habis lencun tapi takper sekali seumur hidup. Ready to be wetted. Siap-siap bawa baju hujan nipis ala poncho supaya kuranglah basahnya. Abah and Fawwaz tak join. Dekat satu area siap ada dolphin berlegar-legar keliling boat. Great...rezeki tengok wild dolphin. Biasanya tengok yang well trained. Boat bergerak hingga nampak Laut Tasman. 


Actually susah nak gambarkan pengalaman sebenar. Gambar pun tak dapat menceritakan 100%. Indahnya ciptaan Allah. Terkadang fikir juga kenapa di negara mereka? Tapi ini baru syurga dunia. Syurga Allah lagilah berganda-ganda indahnya. Selesai cruising dalam 2 jam, kami bertolak balik ke Te Anau semula. Dalam perjalanan singgah The Mirror Lakes. Memang jernih, cantik dan wow. Dunia kalau tak de manusia mcm nilah, terjaga keasliannya. Hanya ada itik-itik berenang di sekitar tasik. Sampai di Te Anau kami cari port untuk parking dan setup untuk late lunch. Siap lunch, bergerak ke Invercargil Holiday Park. Masak ala kadar, diner dan main monopoli few rounds. Sapa yang menang? Tentulah mummy....


Saturday, March 18, 2017

DIY NZ Trip Day 4

Queenstown to Te Anau

Seperti biasa, setelah solat subuh mummy ke kitchen sediakan some food. Harini masak nasi goreng, bakar garlic rolls, roti nuttella dan kari daging untuk tengahari atau malam nanti. Kena smart so tak perlu masak untuk setiap waktu makan. Tinggal panaskan jer. Queenstown Lakeview Holiday Park ni agak cramp sebab tengah Bandar. Berbeza dengan yang kat Lake Tekapo, jarak-jarak dan luas. Tapi tetap cantik dan facilities awesome. Stove & sink banyak, tak yah berebut. Kena ingat, lepas guna bersihkan serta merta. Kari tu dapat guna kentang yang orang tinggalkan untuk diambil as free item. Black pepper pun guna jer yang orang waqaf. Selesai masak mummy g pusing holiday park untuk ambil gambar. Harini cuaca tak sejuk sangat since nampak matahari. Perit juga bila cahaya matahari tepat kena ke muka. 

Aktiviti harini naik kabel car dan luge serta jet boat. Dua aktiviti ni mummy dan abah bersengkang mata cari tiket murah kat bookme.co.nz takut tak dapat lagi join aktiviti dan ada yang meleleh air mata. Untuk naik cable car dan luge kami beli direct di kaunter holiday park so dapat privilage parking hingga pukul 4 dalam kawasan holiday park. Harga cable car dan 2 kali luge adalah NZD135 for 3 of us. Mula-mula naik ke puncak menggunakan cable car. Sampai di atas tengok view dulu. Subhanallah cantiknya Lake Wakatipu. Besarnya dan biru air tasiknya. Macam tengok kat poskad. Then nak naik luge kena naik skychair dulu. Gayat juga. Sampai kat area luge kena lompat then q kat luge area. For first timer mereka akan ajar dulu, baru dilepaskan. Lalu ikut laluan mudah dahulu kemudian kali kedua baru guna laluan yang lebih mencabar. Memang best. Next time boleh gi Sentosa Island kat Singapore kalau nak main lagi.

Selesai main luge kami turun segera dengan cable car menuju Queenstown area naik boat. Just few minutes by walk. Boat kami bertolak jam 2.00 pm. Sebelum tu posing sekitar kawasan menunggu. Clear sungguh air tasik. Bila sampai giliran kami naik boat, kami pakai baju hujan untuk elak basah kerana boat akan buat 360 turning atas tasik. Pengalaman yang sangat best dengan Thunder Jet. Harga tiket NZD255 for three of us. Sekali sekala takperlah. Lagipun memang dah kira dalam bajet. Hampir 2 jam juga dibawa menyusuri sekitar tasik dengan melalui liku-liku sungai yang mencabar. Susah sket nak ambik gambar sebab terlalu laju. Takut tercampak hp lak. Selesai main boat, jalan sket kat town beli gift kat DF Souvenir.

Hampir jam 5 kami menghala ke Te Anau Top 10 Holiday Park. Sepanjang perjalanan memang cantik. Itulah NZ. Tak der yang tak cantik. Sampai di Te Anau jampir 8 malam. Belum gelap. Makan malam nasi dengan kari daging dan sambal udang kering.

Friday, March 17, 2017

DIY NZ Trip Day 3

Lake Tekapo - Lake Pukaki - Twizel - Wanaka - Queenstown


Pagi-pagi lepas subuh, mummy siapkan sarapan merangkap lunch iaitu bihun goreng. Guna perencah segera Adabi jer. Untuk Fawwaz roti telur. Lepas sarapan, caravan mula bergerak keluar dari station ke tepi tasik untuk posing sebelum check out. Singgah Four Square beli chips, chocolate, vicks, air tea dan telur lagi dengan kos NZD33.56. Perjalanan diteruskan lagi ke Lake Pukaki. Sampai di Lake Pukaki, Fawwaz dikerah tolong Abah setup meja picnic untuk lunch. Nampak macam best jer kan makan tepi tasik. Memang best tapi SEJUKKK sangat. Bihun pun sejuk. Makan juga. Jika tidak berada di powered camp site, microwave tak boleh dihidupkan. Dapur gas boleh tapi malaslah nak goreng semula. 

Selesai lunch, perjalanan diteruskan ke Queenstown Lakeview Holiday Park. Singgah HIgh Country Salmon di Twizel. Boleh beri makan ikan salmon secara percuma. Entrance fee juga free. Alang-alang sampai, merasalah makan Sashimi 120g NZD10 dan beli Salmon steaks 416g NZD14.56 untuk bekalan sepanjang percutian. Kat Malaysia bukannya tak ada tapi frozen kan, tak fresh. Sedap salmonnya, tak hanyir langsung. Lembut dan fresh. Perjalanan diteruskan melalui Omarama, dan singgah isi minyak. Tuang 50 litre dengan harga NZD1.569 for Diesel. Dapat discount NZD3, so total NZD75.50. Setiap stesen minyak berlainan harga, kena pandai pilih dan compare. Kami guna Apps GASPY. Travellers ke NZ wajib install kalau sewa kenderaan. Very helpfull. Mula-mula lupa nak guna, bila dah pandai guna kami dapat harga minyak serendah NZD1.14 per litre. 

Perjalanan diteruskan lagi dan kami berhenti di satu tempat berhenti gambar pokok dan meja picnic. Nak solat sebenarnya. Rupanya kawasan tu ada sungai. Jernihnya air sungai tu. Tak der sampah langsung. Try ambil wuduk, mak ai macam air coway yang sejuk. Menggigil lepas ambik wudu’. Lepas solat perjalanan diteruskan lagi dan melalui Lindis Pass View Point. Fawwaz tido kat belakang so tak kejut dia untuk bergambar. Mummy dan abah posing sakan kat luar sambil gigil kesejukan.

Next ke Wanaka untuk masuk Puzzling World. Masalahnya kami sampai, tempat tu baru jer tutup. Maka menangislah si Fawwaz kerana hajatnya tak kesampaian. Puas pujuk akhirnya mahu jugalah dia posing sekitar kawasan Puzzling World. Bila tak booked tiket masuk siap-siap maka tak der monitment nak tepati masa. Harga masuk NZD20 adult dan NZD14 kids. Selesai bergambar perjalanan diteruskan lagi. Tiba-tiba di suatu kawasan (Cardrona) abah stop. Mummy duduk seat belakang hanya dengar ketawa orang depan. Mereka suh tengok depan. Rupanya ada benda special depa tertarik. Layankan jerlah. Tanda masyarakat menyokong kempen Breast Cancer. Its a good effort anyway.... even looks annoying for some people. I’m ok with that. Tapi taklah terjebak sebab takut tak cukup lak nak pakai kat NZ. 

Perjalanan dari Cardrona ke Queenstown berliku-liku dari atas pergunungan menurun ke bawah. Sempat juga call PIC holiday park bagitahu lambat. Mereka akan tinggalkan peta, password di dalam box dekat depan office reception. Sebelum sampai, kami singgah lagi Pak n Save Queenstown. Besar parking areanya tp still kena parking 2 lot memanjang.

Bila sampai di Queenstown Lakeview Holiday Park dah dekat pukul 10. So buat diner ringkas-ringkas jer sebab tak terlalu lapar waktu tu. Chicken wrap with hot chocolate. Best facilities di setiap holiday park. Paling best ramai jejaka ala-ala THOR. Hehehe...Fawwaz cakap, bukan mummy cakap.

Thursday, March 16, 2017

DIY NZ Trip Day 2

Auckland to Christchurch



Flight ke Christchurch jam 6.35 am. Kami menggunakan Jetstar. Disebabkan ambil last minit, harga kami bertiga NZD556 return flight. Phewww, lain kali ambil awal lagi murah. Pukul 4.15 am kami start berjalan dari Int A/port ke Domestik A/Port sebab bas belum beroperasi. Sejuknya ya rabbi... Tak jauh pun hanya 10 minit.  Ikut jer line pada floor, ada tulis way to Domestic Airport. Insyaallah tak sesat. Sementara menunggu flight, Fawwaz sambung tidur. Kami ambil wudu’ siap-siap, masuk waktu terus solat di mana-mana port yang boleh. Jangan lupa bawa bekal sejadah dalam bag hand carry. Dalam flight Fawwaz tido lagi, sebab malam tadi tak tido sangat. Tengok youtube. Bila dah nak dekat Christchurch, permandangan dari atas sangatlah hijau. Cantik sangat. 


Sampai di A/Port terus cari kaunter yang ada banyak iklan kereta sewa dan telefon. Just dail nombor company yang kita dah berurusan, mereka akan maklumkan tunggu di mana. Kami booked caravan 4 berth melalui Ahmad Caravan. Malas nak fikir dan cari sebab tengah sibuk dan belum ada experience. Agak mahal tapi semuanya telah diurus A-Z. Total RM8k all in. Kalau pergi kali kedua, kami akan buat sendiri A-Z sebb dah pandai. Shuttle bawa ke Britz centre dan urusan dokumen diselesaikan serta mendengar taklimat ringkas. Caravan telah siap dengan minyak dan power penuh. So, kami terus ke Pak n Save, Riccarton untuk membeli bahan makanan mentah. Disebabkan kenderaan terlalu panjang (ala lori 3 tan), susah dapat parking. So Z tunggu di parking sementara mummy masuk beli barang. Ambik mana yang penting jer dulu seperti telur, fresh milk 2L, chocolate milk 2L, ayam potong, roti dan brocoli. Total NZD19.75. Dapat voucher discount 6 cent minyak setiap liter yang diisi. 



Dari Riccarton kami memilih Southern Heritage Route menuju ke Lake Tekapo. Antara bandar-bandar yang kami lalui adalah Kirwee, Darfield, Glentunnel, Mt Somers, Mayfield, Woodbury, Geraldine, Fairlie dan akhirnya Lake Tekapo. Total perjalanan mencecah 5 jam termasuk berhenti bergambar dan shopping buah di Geraldine. Perancangan awal nak singgah Fairlie ladang llama tapi tak sempat dah tutup jam 5 pm. Sepanjang perjalanan memang dihidangkan dengan permandangan muka bumi yang sangat cantik dengan kambing biri-biri kerjanya makan jer. Tompok-tompok putih sentiada ada kiri kanan bahu jalan tanpa ada manusia menguruskannya. Tapi masih dalam sempadan pagar.

Jam 6.25 pm kami sampai Lake Tekapo Holiday Park. Betul-betul menghadap tasik yang besar dan cantik. Lot kami adalah Power Sites di mana hanya ada pili air untuk tandas dan power 240V untuk charge caravan kami. Lot kami berdekatan dengan kitchen dan toilet/ shower. Udara sini sejuk sangat. Nak beku rasa bila kena angin tasik. Nak masuk kitchen ada pass code untuk digunakan. Masak nasi di kitchen dulu sebab belum pandai pakai peralatan dalam caravan. Sambil tu sertu peralatan dengan air tanah dibekalkan Ahmad Caravan. Mandi semua di Lake Tekapo 3 minit jer air shower akan beroperasi. Toilet dalam caravan hanya diguna untuk sepanjang perjalanan sahaja. Untuk Fawwaz, dia request carbonara pasta. Untuk dinner malam pertama alhamdulillah kenyang makan nasi bersama sambal udang kering, telur dadar dan brocoli goreng. Belah malam konon nak tengok langit kot-kot ada aroura ke tapi tak der. Jalan menghala ke gereja kecil (tak ambik gambar pun) dan patah balik. Bunga lupin pun tak banyak, ada sikit jer yang tinggal. Maklumlah masuk musim luruh. Cuaca diramalkan kerap hujan.


Wednesday, March 15, 2017

DIY NZ Trip Day 0 & 1

KLIA2 TO AUCKLAND


Tiket ke Auckland dibeli sejak 13 Mac 2017 lagi. Setahun buat preparation, akhirnya tiba masa yang ditunggu-tunggu. Bukan mudah nak menghadapi hari ini setelah pelbagai perkara yang terjadi. Hampir putus asa juga tapi tetap cekalkan hati.


Bermula dengan pregnant lepas beli tiket flight dan dijangka dalam tempoh pantang masa tarikh flight. Akhirnya missed carriage buat kali ke 6. Ingatkan selesai takat tu, tetiba dapat pula kursus selama 5 bulan. Masa interview, dengan jujurnya perkara sebenar dimaklumkan dan alhamdulillah tetap terpilih. Ini namanya rezeki dari Allah. Peluang terbuka. Seminggu sebelum flight, passport kami bertiga hilang tak dapat dikesan. Berhempas pulas uruskan permohonan passport baharu. Keputusan rayuan adalah pada tarikh flight. Masa tu tawakkal jer. Dalam masa yang sama Jazz pula dilanggar student Unisel. Kena uruskan lagi report polis dan insuran bagai. Tiga hari sebelum fly, Fawwaz demam panas tiba-tiba. Dua kali berulang ke DEMC, alhamdulillah nampak perubahan positif. Hari nak fly mummy dan abah pula demam. Tetap pergi ke imegresen Putrajaya untuk ambil keputusan rayuan passport dan terus buat passport baharu. Balik dari Putrajaya, sambung buat itinerary NZ yang terbengkalai, then siap-siap ke airport. Alhamdulillah flight jam 11.55 pm(14.03.2018) dan pergerakan lancar hinggalah ke Auckland. Tiba di Auckland jam 5.55 pm (15.03.2018)



Satu lagi dugaan iaitu beg yang ditunggu-tunggu tak ada di conveyor lane. Hampir 1 jam tunggu. Ramai juga yang tak dapat bagasi dan akhirnya kami disuruh melapor di bahagian bag service untuk report hilang. Maklumat awal diberitahu bag kami masih di KLIA2 dan mereka akan uruskan penghantaran ke alamat yang diberitahu kelak. Dalam hati dah tak keruan sebab makanan dan pakaian semuanya dalam bag yang di check in. Kami pula tidak akan menetap pada satu-satu alamat secara tetap. Tiap-tiap hari akan berpindah holiday park. Tiba-tiba conveyor lane beroperasi semula dan bag kami ada. Alhamdulillah, syukur.

Pergerakan ke bahagian pemeriksaan juga lancar. Semua makanan yang dibawa di declare secara jujur dan masa pemeriksaan ayat Yaasin yg ke 9 dibaca berulang kali. Alhamdulillah lepas. Ada lane lain setiap plastik dibuka termasuk plastik yang packaging dari kilang.

Perkara pertama sekali adalah membeli SIM card SPARK NZD29 1GB data. Terkilan sket sebab jika beli sebelum keluar pintu imegresen harga cuma NZD25. Flight ke Christchurch adalah pada keesokan harinya melalui terminal domestik. Boleh naik free shuttle bas (Green Bus) atau jalan kaki ikut garisan hijau di lantai. Disebabkan terminal domestik tutup jam 12.00 malam, maka kami tidur di International Airport jer. Banyak port boleh buat tido. Nak susun kerusi ke, nak tido atas lantai ke, atas karpet ke pun boleh. Itu memang biasa bagi travellers di sana. Kami mencari tempat solat dan jumpa di tingkat 1. Selesa walaupun di ruang laluan staf tapi jarang dilalui. Selesai solat qada’ dan solat jama’ maka kami mencari makanan sebab kelaparan. Jumpalah Pita Pit. Cuma ayam jer yang halal. Bolehlah untuk alas perut. Kami menggunakan baby room untuk masak maggie menggunakan microwave. Selesai semua kami mencari port untuk tido sambil charge gajet yang dibawa. Disebabkan port kami dapat WIFI FREE guna Qantas Lounge, apalagi marathon TIADA ARAH JODOH KITA lah hingga kul 3 pagi. Fawwaz pun layan.


Camping @ Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Day 1 : Khamis Perjalanan ke PD bermula jam 5 petang dari Melaka. Sampai jer di PD dalam jam 6.30 petang ternampak ramai askar sedang mar...