Thursday, February 7, 2019

Camping @ Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Day 1 : Khamis
Perjalanan ke PD bermula jam 5 petang dari Melaka. Sampai jer di PD dalam jam 6.30 petang ternampak ramai askar sedang marching. Terus hentikan kereta di tepi jalan dan layan tengok jap. Rupanya mereka sdg buat rehersal untuk tamat rekrut tak lama lagi. Sempat juga nampak perebet yang kena denda kepala ke bawah ala-ala filem PASKAL tu.
Kemudian kami mula mencari lokasi perkhemahan dengan membuat pertimbangan kemudahan yang ada dan keadaan pantai. Akhirnya kami memilih untuk berkhemah di Pantai Cahaya Negeri di mana ada kemudahan tandas dan bilik mandi yang bersih dan dekat.
Pantai di sini juga bersih dan airnya jernih. Ombak juga tak terlalu kuat. Di hadapan tapak kami adalah Pulau Burung. Semasa Abah dan Mummy pasang khemah, Fawwaz dah tukar baju untuk main pantai. Cuaca petang tu memang panas kerana pantai ni menghadap matahari terbenam. Untuk mandi dan solat ada disediakan surau dan tandas berbayar. Buang air RM0.50 dan mandi RM1.00 sahaja. Menjelang malam kami makan bekalan yang dibekalkan oleh mak dan kakak ipar. Suasana agak happenning kerana ada pameran lampu LED di tapak berdekatan surau. Aktiviti kami malam pula adalah buat unggun api dan main kad monopoly hingga jam 12.00 malam. Lebih kurang 30m dari tapak kami ada sekumpulan remaja bermotor yang hanya bentang tikar dan tiada khemah. Mereka mandi hingga lewat malam. Ada lebih kurang 20 khemah bersama kami malam tu. Tidur malam kami agak terganggu sedikit dengan bunyi kenderaan dari jalan besar. Apapun, boleh jer tidur.
Day 2 : Jumaat
Solat Subuh kami lakukan dalam khemah jer dengan mengambil wudu' menggunakan air mineral bertebuk di bahagian penutup. Memang jimat. 3 orang ambil wudu' tak sampai setengah botol. Lepas solat, abah jogging di pantai dan kemudian main drone untuk asah skill. Pagi ni sarapan roti jer. Lebihan nasi semalam mummy buat nasi goreng. Selesai makan dan kemas, kami mandi pantai sepuasnya. Best betul dapat swimming and floating. Semakin menjelang tengahari, air mulai surut. So memang boleh berjalan hingga melepasi jambatan. Abah dan Fawwaz bersiap untuk solat Jumaat. Mummy dropkan mereka ke Masjid Tentera dan bersiar-siar ke Pasaraya Sakan, Eco dan Family Store. Bila Abah dan Fawwaz selesai solat, mummy pickup mereka dan lunch di KFC Batu 4. Kemudian, kami decide untuk meluangkan masa melawat Muzium Tentera yang terletak berhampiran. Dari luar nampak sepi dan so-so jer tempat ni. Bila dah masuk, wow banyaknya aset tentera dipamerkan. Fawwazlah yang paling seronok.
Hampir semua dia tahu namanya. Mulanya ingatkan dia main-main tapi almost semua betul. Masuk adalah percuma. Selain pameran di luar, ada juga pameran di dalam bangunan mengikut timeline. Memang best dan disyorkan pergi pada yang berhajat ke PD. Paling tak sangka, di blok ke2 ada terowong bawah tanah (terowong komunis) yang akhirnya tembus ke kapal terbang yang paling besar. Ingatkan takat tu jer, rupanya ada pondok-pondok ala askar, jambatan gantung, kolam ikan dan taman ala-ala hutan di bahagian luar. Memang berbaloi membawa keluarga ke sini. Terdapat beberapa kotak derma disediakan untuk para pengunjung menderma. Kami beredar sebaik waktu operasi tamat iaitu jam 5.00 petang.
Mummy dan Fawwaz pujuk Abah tambah 1 malam lagi. Abah setuju tapi risau pada kerana battery bank semua dah habis. Kami pergi semula ke Family Store untuk menambah bekalan makanan dan sunscreen. Sempat juga singgah kedai Eco. Kami pulang semula ke tapak khemah dan Alhamdulillah keadaan masih sama seperti ditinggalkan. Kami tawakkaltualallah jer masa meninggalkan khemah. Janji simpan semua peralatan kerusi meja dalam khemah dan bawa bersama barang berharga. Air laut semakin pasang dan kami mengambil peluang mandi laut lagi. Kali ni baru teringat nak sapu lotion sunscreen. Tiba-tiba dapat idea upah Pakcik yg jaga kaunter tandas chargekan battery bank. Rupanya memang dia dok jaga banyak HP orang tumpang charge. Pandai-pandai ler hulur kat Pakcik tu as sedekah. Selesai mandi dan solat kami keluar lagi untuk mencari Farmasi. Akhirnya sampai ke pusat bandar PD dan kena pow Starbuck. Dapatlah jumpa Guardian untuk beli gelang penghalau nyamuk. Kemudian kembali ke area Pantai Cahaya Negeri dan makan malam di Rezeky Tomyam. Macam-macam ada dan sedap semuanya. Fawwaz makan roti telur sampai 2 keping. Selesai makan, kami pulang ke khemah dan buat unggun api lagi. Fawwaz pula pasang lego yang dibeli di Eco petang tadi. Alhamdulillah macam tak der nyamuk pulak.

Day 3 : Sabtu
Selepas solat subuh, mummy sediakan sarapan. Roti telur dan Hot Chocolate Aik Cheong. Beli di Eco semalam. Aktiviti hari ini adalah mandi laut lagi. Banyak ikan kecik-kecik di tepi pantai. Wah mcm kat Sabah pula. Jarang mandi di PD nampak ikan. Fawwaz dan Abah campak roti. Makin banyak ikan yang datang. Kemudian kami mengambil peluang ke Pulau Burung yang terletak bertentangan dengan pantai kami. Bnayak pokok bakau dan ada menara tinjau. Sayangnya menara tersebut menjadi pelepas gian para vandalismer. Rasa down kejap dengan pelaku. Semoga mereka diberi hidayah. Kemudian air semakin surut.Kami boleh berjalan hingga ke bawah jambatan. Maka, kami bersiap untuk membersihkan diri dan solat Zohor. Sempat terserempak dengan ex student DPB tahun 2001 Faezah. Seterusnya hari ini rancangnya nak ke Akuaria PD.


Sampai di Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang, terus tuju ke bahagian penyu. Wah ada penyu dan pusat penetasan telur penyu (tak sure betul atau replika). Kemudian kami ke bahagian dalam yang mempamerkan pelbagai jenis hidupan laut yang dipelihara dan dikaji. Ada juga tayangan 3D cerita NEMO. Boleh ambil cermin mata 3D di kaunter. Semuanya PERCUMA. Diulang lagi, PERCUMA. Siapa sangka ada tempat seperti ini di PD. Selesai melawat, barulah kami makan lewat tengahari di PD Famous Cendol & Coconut Shake. Cendol durian ada 2 ulas berharga RM10. Hilang rindu kat durian. Sedap. Ada macam-macam di sini. Petik ajer, semua ada. Selesai makan kami kembali ke tapak khemah untuk packing. Pelan-pelan khemah dibuka (dalam hati nak stay lagi). Apakan daya, kalau balik Ahad nanti jalam jem. Selesai kemas, semasa menghala keluar sempat tengok Racing Car kat track berdekatan. Kemudian kami ke pasar malam berhampiran Petronas. Melepaskan rindu dah lama tak merasai suasana pasar malam (dah berapa lama tak g pasar malam). Rambang mata. Tahan nafsu jer. Selesai ke pasar malam, kami singgah solat Maghrib dan Isyak sebelum meneruskan perjalanan ke TTDI Jaya. Apapun, mummy sedar-sedar dah sampai TTDI Jaya. Sebelum tidur mummy sapukan muka Abah dan Fawwaz dengan yogurt. Ngeh..ngeh..ngeh... TQ sudi membaca.

Lagi gambar penuh :)

No comments:

Post a Comment

Camping @ Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Day 1 : Khamis Perjalanan ke PD bermula jam 5 petang dari Melaka. Sampai jer di PD dalam jam 6.30 petang ternampak ramai askar sedang mar...