Saturday, September 15, 2018

Janda Baik & Bukit Tinggi

Cuti kali ni tak jadi mereput di rumah. Mr Z dah plan awal-awal nak picnic dengan member office. I is follow..... Konon nak bertolak sesudah Subuh tapi jam 7 juga baru berjaya bertolak. Nak g awal sebab pondok-pondok tepi sungai kat Riverside ni hanya boleh sewa by walk-in sahaja. Sampai jer kat Riverside jam 8 pagi, terpampang kat kaunter SUDAH PENUH. Mak ai, melepaslah. Akhirnya kami cari port yang penyewa tak guna tapak khemah dan mintak izin tumpang. In this case, kami bayar sket. Baru tahu rupanya setiap pondok ada tapak khemah sekali. Penyewa yg kami tumpang ni letak khemah dia dalam pondok so tapak khemah tak digunakan. Sewa per day RM20 tapi kalau bermalam RM40. Murahnya. Lepas dapat tapak, kami setup barang. Maka berkelahlah kami semua dengan gumbiranya. Bbq chicken drumsticks, wings, lamb chop, sausage dan jagung. Sedap-sedap semuanya. Spagetti dan bihun goreng pun hado. Tak lupa fries, nugget, and drinks. Air sungai pagi-pagi jernih dan sejuk sangat. Orang pun tak berapa ramai sangat sebab awal lagi. Dalam jam 3 hujan mula turun selebat-lebatnya. Alhamdulillah semua makanan dah siap bakar. Abang pondok siap bagi canvas utk buat bumbung khemah. Akhirnya dalam jam 5 kami bertolak pulang menuju destinasi masing-masing. Kami continue the journey ke Bukit Tinggi dan overnight di sana. Sejuknya sebab petang tadi hujan. Angin pun kuat. Waktu malam dihabiskan dengan jalan-jalan sekitar Colmar sambil posing. Cantik suasana. Ala-ala kat France. Ambik aura dulu, nanti kita pergi real punya tempat. Insyaallah. On Monday morning kami breakfast dan teman Fawwaz mandi kolam. Lepas checkout sambung posing sket lagi then terus ke Japanese Garden. Tingginya nak ke taman, jalan kaki, naik tangga, menapak pelan-pelan. Ronda-ronda sambil posing sampai penat. Fawwaz siap sewa baju kimono RM20 for 20 minit. Suka pulak mamat ni pakai kimono. Dalam jam 2, otw nak turun ke parking hujan turun dengan lebatnya. Maka berlarilah kami menyelamatkan diri. Sekejap jer hujannya dan kami pun kembali ke Shah Alam selamatnya. Percutian yang ringkas tapi syok sebab dapat bbq. Rasa nak bbq lagi sebab seronok sebenarnya. Lagi-lagi kalau dapat tidur dalam khemah. So, next plan nak tidur kat pondok pulak.

No comments:

Post a Comment

Camping @ Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Day 1 : Khamis Perjalanan ke PD bermula jam 5 petang dari Melaka. Sampai jer di PD dalam jam 6.30 petang ternampak ramai askar sedang mar...