Thursday, March 16, 2017

DIY NZ Trip Day 2

Auckland to Christchurch



Flight ke Christchurch jam 6.35 am. Kami menggunakan Jetstar. Disebabkan ambil last minit, harga kami bertiga NZD556 return flight. Phewww, lain kali ambil awal lagi murah. Pukul 4.15 am kami start berjalan dari Int A/port ke Domestik A/Port sebab bas belum beroperasi. Sejuknya ya rabbi... Tak jauh pun hanya 10 minit.  Ikut jer line pada floor, ada tulis way to Domestic Airport. Insyaallah tak sesat. Sementara menunggu flight, Fawwaz sambung tidur. Kami ambil wudu’ siap-siap, masuk waktu terus solat di mana-mana port yang boleh. Jangan lupa bawa bekal sejadah dalam bag hand carry. Dalam flight Fawwaz tido lagi, sebab malam tadi tak tido sangat. Tengok youtube. Bila dah nak dekat Christchurch, permandangan dari atas sangatlah hijau. Cantik sangat. 


Sampai di A/Port terus cari kaunter yang ada banyak iklan kereta sewa dan telefon. Just dail nombor company yang kita dah berurusan, mereka akan maklumkan tunggu di mana. Kami booked caravan 4 berth melalui Ahmad Caravan. Malas nak fikir dan cari sebab tengah sibuk dan belum ada experience. Agak mahal tapi semuanya telah diurus A-Z. Total RM8k all in. Kalau pergi kali kedua, kami akan buat sendiri A-Z sebb dah pandai. Shuttle bawa ke Britz centre dan urusan dokumen diselesaikan serta mendengar taklimat ringkas. Caravan telah siap dengan minyak dan power penuh. So, kami terus ke Pak n Save, Riccarton untuk membeli bahan makanan mentah. Disebabkan kenderaan terlalu panjang (ala lori 3 tan), susah dapat parking. So Z tunggu di parking sementara mummy masuk beli barang. Ambik mana yang penting jer dulu seperti telur, fresh milk 2L, chocolate milk 2L, ayam potong, roti dan brocoli. Total NZD19.75. Dapat voucher discount 6 cent minyak setiap liter yang diisi. 



Dari Riccarton kami memilih Southern Heritage Route menuju ke Lake Tekapo. Antara bandar-bandar yang kami lalui adalah Kirwee, Darfield, Glentunnel, Mt Somers, Mayfield, Woodbury, Geraldine, Fairlie dan akhirnya Lake Tekapo. Total perjalanan mencecah 5 jam termasuk berhenti bergambar dan shopping buah di Geraldine. Perancangan awal nak singgah Fairlie ladang llama tapi tak sempat dah tutup jam 5 pm. Sepanjang perjalanan memang dihidangkan dengan permandangan muka bumi yang sangat cantik dengan kambing biri-biri kerjanya makan jer. Tompok-tompok putih sentiada ada kiri kanan bahu jalan tanpa ada manusia menguruskannya. Tapi masih dalam sempadan pagar.

Jam 6.25 pm kami sampai Lake Tekapo Holiday Park. Betul-betul menghadap tasik yang besar dan cantik. Lot kami adalah Power Sites di mana hanya ada pili air untuk tandas dan power 240V untuk charge caravan kami. Lot kami berdekatan dengan kitchen dan toilet/ shower. Udara sini sejuk sangat. Nak beku rasa bila kena angin tasik. Nak masuk kitchen ada pass code untuk digunakan. Masak nasi di kitchen dulu sebab belum pandai pakai peralatan dalam caravan. Sambil tu sertu peralatan dengan air tanah dibekalkan Ahmad Caravan. Mandi semua di Lake Tekapo 3 minit jer air shower akan beroperasi. Toilet dalam caravan hanya diguna untuk sepanjang perjalanan sahaja. Untuk Fawwaz, dia request carbonara pasta. Untuk dinner malam pertama alhamdulillah kenyang makan nasi bersama sambal udang kering, telur dadar dan brocoli goreng. Belah malam konon nak tengok langit kot-kot ada aroura ke tapi tak der. Jalan menghala ke gereja kecil (tak ambik gambar pun) dan patah balik. Bunga lupin pun tak banyak, ada sikit jer yang tinggal. Maklumlah masuk musim luruh. Cuaca diramalkan kerap hujan.


No comments:

Post a Comment

Camping @ Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Day 1 : Khamis Perjalanan ke PD bermula jam 5 petang dari Melaka. Sampai jer di PD dalam jam 6.30 petang ternampak ramai askar sedang mar...