Thursday, August 23, 2018

Bangkok Day 1

Without a proper plan or exclusive tentative, browse flight ticket ke Kota Kinabalu berakhir dengan fly ke Bangkok. As usuall, everytime nak travel mesti ada dugaan. Kalau dulu masa nak fly ke NZ passport hilang. Kali ni less than 24 hours nak fly, my wallet with all important documents termasuk duit Thai Baht 20k lesap. Passport ada sebab masih simpan tempat rahsia. Belajar dari kesilapan lepas. Pagi Khamis tu terus ke Maybank request new card n keluarkan lagi duit utk tukar ke Thai Baht. Then ke Balai Polis Space U8 for buat report kehilangan documents. Actually, dah tak berapa ada hati nak pergi sebab semacam dapat amaran dari Allah sesuatu akan berlaku. Tapi kita kena sentiasa bersangka baik, Allah nak kita hadapi sesuatu dugaan tu dengan tenang. Selesai semua, sedang kemas baju, dapat call dari kampung wallet tu sudah dijumpai dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah, syukur. Berbunga-bunga kembali hasrat nak bercuti.

Maka, dipendekkan cerita sampailah kami ke Airport Suvarnabhumi pada jam 5.20 pm waktu Thailand. Thailand sejam lewat dari Malaysia. Besar airportnya, banyak bunga orchid dijadikan hiasan. Dari airport kami menggunakan train airport line ke Baiyoke Sky Hotel dengan kos THB40 per person. Memang terkejut, MURAHNYA...dalam RM5 gitu. Kalau check naik grab pun dalam THB200 (RM25). Tak derlah mahal sangat. Kami turun di stesen Pratchaprarop. Dari situ jalan kaki 150m ke hotel. Sangat senang. BaiyokeTower ni adalah menara yang tertinggi di Bangkok, yg ke 48 di dunia, setinggi 85 tingkat, 304m. Memang menjadi tumpuan pelancong mcm KLCC or Menara KL kiranya. Bagi kami yang menginap di situ boleh naik ke revolving view point bila² masa dan percuma. Ground floor area mmg selalu sesak dengan pelancong yg tour by group. Annoying sket kita nak ke lobby hotel di tingkat 18. Anyway dont worry sbb staff hotel sentiasa ada untuk tekankan button lift. Selesai checkin dan solat jama' kami jalan sekitar hotel. Every day mmg mcm pasar malam kat bawah tu. Saling berganti peniaganya hingga ke pagi. Larat tak larat jer jalan. Ringan²kan mulut untuk tawar menawar. Peniaga ok, baik tak garang mcm kat Petaling Street. Tak beli lepas tawar harga pun tak apa. Untuk makanan halal, boleh cari restoran yang ada tulisan HALAL. Kena cari, ada banyak. End of day one.... Bubye...

Gambar penuh di sini :)

No comments:

Post a Comment

Camping @ Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Day 1 : Khamis Perjalanan ke PD bermula jam 5 petang dari Melaka. Sampai jer di PD dalam jam 6.30 petang ternampak ramai askar sedang mar...