Friday, August 24, 2018

Bangkok Day 2

2nd day is the day yg paling penat sebab kami berjalan all out. Kami breakfast di Level 84, include dalam hotel rate. Fawwaz kena bayar THB250. Alhamdulillah banyak juga yang boleh dimakan. Fresh fruits, juice, roti, salad, variety of egg and so on. Paling best ada counter DIY pancake. Mula-mula tak berapa tahu tips nak buat pankcake bulat cantik. so main pusing-pusing asalkan jadi. Selesai sarapan, kami decide ambil taxi grab ke MBK Mall. Tambang THB100. Sampai kat Ground Floor MBK Mall, banyak food stall jual makanan Thai. Terliur tengok tapi perut masih kenyang. Kita belanja gambar jerlah. MBK Mall macam Central Market KL. Jual banyak souvernir. Boleh tawar ikut kepandaian masing-masing. Lunch time kami makan di Yana Restaurant. Restaurant yang memang menjadi pilihan orang Malaysia. Actually not bad rasanya dan harganya tahap restaurant Thai Thai kat Malaysia. Rasa pun sama. 

Dari MBK kami keluar ke Skywalk Bangkok iaitu continuous elevated walkway yang menghubungkan banyak shopping dalam satu laluan. Tak perlu sibuk-sibuk lintas kat jalan raya nak ke seberang. belah atas laluan train, belah bawah laluan kenderaan seperti kereta, bas, motor dan tut tut. Sangat convenience laluan mcm ni. Macam laluan dari KLCC ke Pavillion la gitu... Tak pernah lalu pun. Kami singgah Siam Discovery tempat ada Madam Tussaud. Bergambar di bahagian luar jer sebab dah pernah pergi masa kat Hong Kong. Sama jer patung yang dipamerkan. Next kami pergi ke Siam Paragon Mall. Di sini ada a must try restaurant iaitu AFTER YOU DURIAN. Actually ada satu lagi AFTER YOU DESSERT. Yang kami makan ni AFTER YOU DURIAN. Actually masih kenyang tapi sebab orang Thai pun recommend so kita layanlah. Cheat day memanjang. Sedapnya, rasa nak repeat kalau ada kat Malaysia. Mereka guna durian Muthong. The best durian in Thailand. 

Selesai makan, kami ke Siam Square jalan-jalan lagi. Nampak butik Hello Kitty. Wahh cute nya... Apa lagi bergambar sakan kat dalam tu. Tak beli pun sebab dah tua. Anak pulak lelaki. Hahaha, selamat dia tak merengek nak Hello Kitty. Then kami decide terus ke train station berhampiran untuk ke Asiatique. Lepas naik train, kena naik free shuttle boat ke jetty Asiatique. Perjalanan dalam 15 minit juga. sesampai jer kat jeti, belum sempat turun hujan lebat sangat. So tergendala jap kat dalam boat. Ada yang lari turun, one Malaysian bagi pinjam payung. Apalagi berlari denga payungnya, tapi dengan payung pun tercabut. Rasa bersalah pulak kat that guy tu. Apapun thank you bro. Agak lencun juga baju kena hujan dan kasut bertakung air sebab lantai di asiatique berlakung air. 

Di sini kami berjalan cuci mata tengok souvernir yang comel-comel, dan ke kaunter Muay Thai untuk ambil ticket show on 8pm nanti. Kami ambil combo ticket Yoksiam Boat Cruise (1 hour) & Muay Thai Live Show(2 hours) dengan harga THB1100 per head for adult dan THB950 for kid. Ada jer boat yang sekali dinner tapi tak berbaloi sebab NON HALAL. Boat Yoksiam ni ada juga serve snacks dan juuice. Yang non muslim seronok ler layan unlimited beer. Kami pun ambik buah, juice dan biskut jer. Yang fried2 tak berani. Permandangan memang cantik walaupun hujan renyai-renyai. Sepanjang cruising Fawwaz agak monyok. Ingatkan penat, puas tanya kenapa. Ajak bergambar tak nak, minum pun tak nak. Akhirnya, dia bukak rahsia dia marah sebab boat tu hidang arak pada tetamu. Dia sangat benci dengan suasana mcm tu. Lagi-lagi bila ada few penumpang yang berjoget-joget ikut rentak lagu yang terlalu kuat. Puas kami menerangkan yang kita berada di negara orang bukan islam. Tujuan kita nak menghayati keindahan alam ciptaan Allah dan mencari pengalaman dengan belajar dari apa yang kita tengok pada negara orang. Kitalah kena kuat jati diri. Memang betullah kita kena ada sikap mcm tu tapi kita tak ada pilihan bila berada di situ. Kita buat apa yang betul mengikut agama kita. "Lakum dinukum waliyadinnnn".

Sesudah cruising, kami ke Muay Thai Live Show. Harga yang dibayar dapat Premium Seat (barisan kedua dari stage, memang jelas nampak). Shownya dimulakan dengan 1 jam lakonan theater asal usul Muay Thai. Next one hour pula ada show 2 pertandingan Muay Thai. Yang pertama kategori Amatur (Thailand VS Thailand), yang kedua kategori Professional (Japan VS Spain). Sempat bergambar dengan pelakon-pelakon theatre. Malam tu agak susah nak dapat taxi grab nak balik Baiyoke Sky Hotel. So terpaksa repeat mcm cara datang. Naik free shuttle boat semula ke train station dan naik train ke hotel. Sangat menyengat rasa kaki. Tido pun tak sedar apa.

Gambar penuh di sini:)

Thursday, August 23, 2018

Bangkok Day 1

Without a proper plan or exclusive tentative, browse flight ticket ke Kota Kinabalu berakhir dengan fly ke Bangkok. As usuall, everytime nak travel mesti ada dugaan. Kalau dulu masa nak fly ke NZ passport hilang. Kali ni less than 24 hours nak fly, my wallet with all important documents termasuk duit Thai Baht 20k lesap. Passport ada sebab masih simpan tempat rahsia. Belajar dari kesilapan lepas. Pagi Khamis tu terus ke Maybank request new card n keluarkan lagi duit utk tukar ke Thai Baht. Then ke Balai Polis Space U8 for buat report kehilangan documents. Actually, dah tak berapa ada hati nak pergi sebab semacam dapat amaran dari Allah sesuatu akan berlaku. Tapi kita kena sentiasa bersangka baik, Allah nak kita hadapi sesuatu dugaan tu dengan tenang. Selesai semua, sedang kemas baju, dapat call dari kampung wallet tu sudah dijumpai dalam keadaan yang baik. Alhamdulillah, syukur. Berbunga-bunga kembali hasrat nak bercuti.

Maka, dipendekkan cerita sampailah kami ke Airport Suvarnabhumi pada jam 5.20 pm waktu Thailand. Thailand sejam lewat dari Malaysia. Besar airportnya, banyak bunga orchid dijadikan hiasan. Dari airport kami menggunakan train airport line ke Baiyoke Sky Hotel dengan kos THB40 per person. Memang terkejut, MURAHNYA...dalam RM5 gitu. Kalau check naik grab pun dalam THB200 (RM25). Tak derlah mahal sangat. Kami turun di stesen Pratchaprarop. Dari situ jalan kaki 150m ke hotel. Sangat senang. BaiyokeTower ni adalah menara yang tertinggi di Bangkok, yg ke 48 di dunia, setinggi 85 tingkat, 304m. Memang menjadi tumpuan pelancong mcm KLCC or Menara KL kiranya. Bagi kami yang menginap di situ boleh naik ke revolving view point bila² masa dan percuma. Ground floor area mmg selalu sesak dengan pelancong yg tour by group. Annoying sket kita nak ke lobby hotel di tingkat 18. Anyway dont worry sbb staff hotel sentiasa ada untuk tekankan button lift. Selesai checkin dan solat jama' kami jalan sekitar hotel. Every day mmg mcm pasar malam kat bawah tu. Saling berganti peniaganya hingga ke pagi. Larat tak larat jer jalan. Ringan²kan mulut untuk tawar menawar. Peniaga ok, baik tak garang mcm kat Petaling Street. Tak beli lepas tawar harga pun tak apa. Untuk makanan halal, boleh cari restoran yang ada tulisan HALAL. Kena cari, ada banyak. End of day one.... Bubye...

Gambar penuh di sini :)

Camping @ Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

Day 1 : Khamis Perjalanan ke PD bermula jam 5 petang dari Melaka. Sampai jer di PD dalam jam 6.30 petang ternampak ramai askar sedang mar...